Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 Majlis Serahan Zakat Korporat Ramadan 1445 2024
 
KUALA TERENGGANU 24 Ramadan 1445 / 4 April 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima serahan zakat perniagaan daripada 35 buah syarikat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat Sempena Ramadan 1445 yang diadakan hari ini.
 
Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail telah menerima serahan zakat perniagaan yang keseluruhannya berjumlah RM12,458,807.50 daripada wakil semua syarikat terbabit.
 
Dalam majlis yang sama, seramai 56 orang anak-anak yatim Darul Akhyar turut diraikan dengan menerima sumbangan Ramadan daripada Yang Dipertua MAIDAM dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan.
 
MAIDAM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat kepada MAIDAM dan didoakan kepada semua  dikurniakan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT, diberkati segala harta dan perniagaan masing-masing.
 
 
Projek Baju Raya 2024 
 
Kuala Terengganu 2 April 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyumbang sebanyak RM18,000.00 bagi menjayakan Program Projek Baju Raya Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Tahun 2024.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan bersama-sama 20 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM telah turun padang untuk menjayakan program tersebut bagi menyantuni murid-murid dari 6 buah sekolah rendah membeli pakaian serta kelengkapan lain bagi meraikan Aidilfitri di KTCC Mall Kuala Terengganu hari ini. Setiap murid mendapat wang saku sebanyak RM300.00 seorang di samping sumbangan wang saku daripada ibu bapa angkat masing-masing.
 
Seramai 60 orang murid-murid kurang berkemampuan yang ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing adalah dari Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, SK Tok Dir dan SK Padang Midin bagi daerah Kuala Terengganu serta SK Kompleks Seberang Takir, SK Bukit Tunggal dan SK Tok Jiring untuk daerah Kuala Nerus.
 
Program ini adalah anjuran bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA).
 
Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja telah merasmikan program tersebut di Wisma Darul Iman serta menyerahkan murid-murid tersebut sebagai anak angkat kepada pegawai dan kakitangan MAIDAM, ahli AKRAB dan ahli PUSPANITA.
 
YBM Tengku Seri Bijaya Raja merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada AKRAB, MAIDAM, PUSPANITA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus, KTCC Mall dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program tanggungjawab sosial tersebut.
 
 

Pelancaran Istiqamah Wakaf MAIDAM 2

  
Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melancarkan program 'π—œπ—¦π—§π—œπ—€π—”π— π—”π—› π—•π—˜π—₯π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑' π—¦π—˜π—₯π—˜π—‘π——π—”π—› π—₯π— πŸ­.𝟬𝟬 π—¦π—˜π—›π—”π—₯π—œ pada hari Khamis, 10 Ramadan 1445 bersamaan 21 Mac 2024.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. 
 
Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, En. Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal dan lain-lain pegawai MAIDAM.
 
Semua penyumbang wakaf tunai sama ada individu atau syarikat akan menikmati potongan cukai LHDN sebanyak 10%.
 
Akhirnya, marilah kita bersama-sama menyahut seruan β€˜π—œπ—¦π—§π—œπ—€π—”𝗠𝗔𝗛 π—•π—˜π—₯π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗑’ π—¦π—˜π—₯π—˜π—‘π——π—”π—› π—₯π— πŸ­.𝟬𝟬 π—¦π—˜π—›π—”π—₯π—œ.
 
 

Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mencatatkan kejayaan peningkatan kutipan zakat tahun 2023 sebanyak 11.9% kepada RM255,274,985.43 berbanding tahun sebelumnya.

Begitu juga dengan prestasi agihan zakat, di mana sejumlah RM257,793,963.91 telah berjaya diagihkan kepada lapan asnaf yang berhak pada tahun 2023. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 10% berbanding tahun 2022.

Di samping peningkatan dalam kutipan dan agihan zakat, MAIDAM turut berjaya mengagihkan bantuan zakat melebihi kutipan zakat pada tahun tersebut.

Perkara ini telah diumumkan dalam satu majlis oleh Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail baru-baru ini.

 

 
kadar

Kadar zakat fitrah negeri Terengganu bagi tahun 1445H/2024M dikeluarkan dengan wang tunai sahaja ditetapkan pada dua kadar iaitu tidak kurang RM10.00 bagi setiap seorang. Manakala, bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, kadar zakat fitrah adalah RM22.00 bagi setiap seorang.
 
Demikian menurut YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM ketika sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Tahun 2023, Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Tahun 1445H/2024M dan Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 1445H/2024M di Dewan Terbuka JHEAT pada 5 Mac 2024.
 
 

kadar 2
 
Turut diadakan dalam majlis yang sama adalah Program Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 2024M /1445H. Data yang dikeluarkan menunjukkan seramai 25,887 orang Ketua Isi Rumah (KIR) layak menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM13,812,100. Seramai 6,924 orang KIR menerima RM300.00 untuk kategori seorang atau tunggal melibatkan peruntukan RM2,077,200.00. Untuk kategori isi rumah 2 atau 3 orang, diperuntukkan sebanyak RM3,848,000.00 untuk diagihkan kepada seramai 7,696 orang KIR yang layak dengan kadar RM500.00 setiap KIR. Sejumlah RM7,886,900.00 pula diagihkan kepada 11,267 orang KIR yang mempunyai isi rumah 4 orang ke atas dengan masing-masing mendapat sebanyak RM700.00 setiap KIR.
 
Menyaksikan majlis pada hari ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Turut hadir Pn. Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat dan lain-lain pegawai MAIDAM.
  
Terima kasih semua pembayar zakat. Zakat anda memayungi kehidupan asnaf dan mereka yang memerlukan.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY