Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Sultan Zainal Abidin 02

Kuala Nerus 13 Mei 2024 - KDYMM Al Wathiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu telah berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terenggaanu (MAIDAM) kepada Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Cek cura berjumlah RM250,000.00 telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Shaikh Harun  Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM kepada YBhg. Professor Dato’ Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA dalam Majlis Perasmian Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) oleh KDYMM Sultan Terengganu sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan Baginda.

Turut berangkat ialah KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga merupakan Canselor UniSZA, DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Sultan Zainal Abidin

 
Jabatan Angkat Sukan Pingpong SUKMA
 

Kuala Terengganu 8 Mei 2024 - Perhimpunan Kontinjen SUKMA Terengganu Sempena 100 Hari Menjelang SUKMA XXI, Sarawak 2024 telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada hari ini. 

Di dalam majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menerima watikah pelantikan sebagai Jabatan Angkat Sukan Ping Pong SUKMA XXI, Sarawak 2024.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diiringi oleh YB Hj. Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri.

Program perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta atlet-atlet SUKMA Terengganu.

 

 
 
Sultan Rai Fakir Miskin 2024
 
KHAMIS 30 Syawal 1445 bersamaan 9 Mei 2024 - KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin di Dewan Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada hari ini.
 
Baginda berdua diiringi DYTM Yang Di-Pertuan Muda, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, YAM Tengku Puteri Utama Raja dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja.
 
Keberangkatan baginda telah disambut oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan YB Haji Maliaman Kassim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin.
 
Majlis tersebut adalah bagi meraikan seramai 100 orang fakir miskin daripada kalangan kategori asnaf MAIDAM bersama-sama dengan 300 orang warga istimewa lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
 
KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada warga istimewa dan fakir miskin sempena majlis tersebut.
 
Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) serta pegawai-pegawai dan beberapa orang kakitangan MAIDAM.
 
 
 
MAIDAM Terima Sijil Rakan Perpaduan
 
KUALA NERUS 25 Syawal 1445 bersamaan 04 Mei 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima Sijil Rakan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu sempena Minggu Sambutan Perpaduan (SMP) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024.
 
Yang Berbahagia Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan tersebut kepada wakil Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM iaitu En. Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal MAIDAM dalam satu majlis yang diadakan di Pentas Terbuka, Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus hari ini.
 
 Majlis Serahan Zakat Korporat Ramadan 1445 2024
 
KUALA TERENGGANU 24 Ramadan 1445 / 4 April 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima serahan zakat perniagaan daripada 35 buah syarikat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat Sempena Ramadan 1445 yang diadakan hari ini.
 
Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail telah menerima serahan zakat perniagaan yang keseluruhannya berjumlah RM12,458,807.50 daripada wakil semua syarikat terbabit.
 
Dalam majlis yang sama, seramai 56 orang anak-anak yatim Darul Akhyar turut diraikan dengan menerima sumbangan Ramadan daripada Yang Dipertua MAIDAM dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan.
 
MAIDAM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat kepada MAIDAM dan didoakan kepada semua  dikurniakan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT, diberkati segala harta dan perniagaan masing-masing.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY