1. Peningkatan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat di kalangan orang Islam negeri Terengganu.
2. Pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan menggunapakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
3. Pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
4. Peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
5. Pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
6. Mempertingkat sumber pendapatan tahunan melalui projek pembangunan dan pemilikan aset untuk menjana sosio ekonomi umat Islam.
7. Memastikan harta-harta wakaf dan sumber am terpelihara, berkembang dan dibangunkan berlandaskan syarak.
8. Pembudayaan amalan berwakaf sebagai sedekah jariah di kalangan masyarakat ke arah memperkasakan sosio ekonomi umat Islam.
9. Membebaskan umat Islam daripada terjebak dengan amalan riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvensional melalui kemudahan pinjaman (mikro kredit) secara mudah dan cepat kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Visi
Institusi Baitulmal DINAMIK dan PROGRESIF.
Misi
Melestarikan pengurusan Baitulmal melalui penyampaian perkhidmatan yang menepati syarak, amanah dan berprestasi tinggi ke arah kesejahteraan masyarakat Islam di Terengganu.