KENAPA PEMBAHAGIAN PUSAKA PERLU DISEGERAKAN

 

Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku :


•    Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil.

•    Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.

•    Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.

•    Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis.

•    Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.

•    Harta tidak terurus dan terbiar.

•    Urusniaga tidak dapat dijalankan.

•    Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris-waris kerana masih berdaftar atas nama si mati.

•    Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :

 

“Wahai orang-orang Islam, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta-harta di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya…)

(an-Nisa’ : 29)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 199

Hari sebelum 3111

Minggu ini 6702

Bulan ini 77917

Jumlah 1752388

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?