Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku:
• Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil
• Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.
• Wasiat tidak disempurnakan dengan segera
• Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis
• Pembahagian yang salah akibat lupa keterengan sebenar.
• Harta tidak terurus dan terbiar
• Urusniaga tidak dapat dijalankan
• Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris –waris kerana masih berdaftar atas nama si mati.
• Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T bermaksud :
“Wahai orang –orang Islam, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta-harta di antara kamu dengan jalan yang salah ( tipu,judi dan sebagainya…)
(An-Nisa’ : 29)