Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Punca Kuasa

Seksyen 90 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Tahun 2001 menyatakan bahawa:

(1) Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana individu atau organisasi memungut wang (derma) atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi bagi manfaat orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma bagi tiap-tiap kebenaran yang diberikan di bawah perkara (1) bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah-

     (a) mengeluarkan resit bagi setiap jumlah wang dipungut;

     (b) menyimpan penyata akaun yang lengkap bagi semua jumlah wang dipungut dan diagihkan, dengan semua baucar yang sepatutnya;

     (c) apabila dituntut, mengemukakan potongan resit dan semua akaun dan baucar-baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh pihak Majlis;

     (d) menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut sedemikian mengikut terma-terma kebenaran itu atau jika tiada cara untuk melupuskan wang itu dibenarkan dengan nyata oleh surat kebenaran itu, membayar dan mengakaunkan kepada Kumpulan Wang Majlis.

(3) Wang yang dipungut boleh digunakan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Majlis.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut dalam perkara (1) kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah perkara (1).

(5) Mana-mana orang yang melanggar perkara (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

Bagaimana Membuat Permohonan

Sila klik pautan https://app3.maidam.gov.my/khairat2u/ untuk membuat permohonan kebenaran pungutan khairat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pentadbiran & Undang-undang MAIDAM
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY