Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Pengertian Zakat
• Zakat berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang, subur, bertambah dan sedekah.
• Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.
 
Dalil
"Hai orang-orang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah 2:267)
 
"Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."
(Riwayat Abu Daud)
 
Syarat Wajib Zakat
• Islam
• Merdeka
• Cukup Nisab
• Cukup Haul
• Milik Sempurna
• Niat berniaga
 
Kadar Zakat
• 2.5 %
 
Syarat Sah Zakat
• Niat
  
Jenis-Jenis Zakat
 i. Zakat Fitrah :
Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
 
ii. Zakat Harta :
Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.
 
Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :
• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY