Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Pengiktirafan

Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2020

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Terengganu memberi Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) atas pencapaian cemerlang 100% KPI HRMIS tahun 2020.

Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019

Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2018 dikeluarkan bertujuan memberi garis panduan pelaksanaan, pemantauan dan pematuhan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan (Standard Accounting System For Government Agencies -  SAGA) kepada agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). MAIDAM berjaya mendapat pengiktirafan ini pada bulan Mac 2019.

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sekali lagi menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bertaraf 4 bintang bagi tahun 2013. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut selepas tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Sijil Penghargaan Perkongsian Data Di Platform Data Terbuka Sektor Awam

MAIDAM terus mengorak langkah cemerlang apabila menerima Sijil Penghargaan Perkongsian Data Di Platform Data Terbuka Sektor Awam daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Anugerah Pengurusan Awam Cemerlang Negeri Terengganu Kategori Badan Berkanun

MAIDAM telah menerima Anugerah Pengurusan Awam Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori Badan Berkanun tahun 2022

Anugerah Perak Sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima Anugerah Perak di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY