Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 

 ar rahnu


Inisiatif untuk menubuhkan pajak gadai Islam telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia pada April 1983. Mesyuarat mengusulkan agar Majlis Agama Islam Negeri atau Bank Islam Berhad melaksanakan pajak gadai Islam. Rentetan daripada itu, MAIDAM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992 iaitu pajak gadai Islam pertama diwujudkan di Malaysia. Matlamat penubuhan MGIT adalah disifatkan sebagai serampang dua mata iaitu membebaskan umat Islam di Terengganu dari terus dibelenggu gejala riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvesional pada ketika itu, dan sebagai program peningkatan taraf sosio ekonomi umat Islam di Terengganu selaras dengan Seksyen 13 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

Hari ini skim ar-Rahnu MAIDAM telah diurus oleh MAIDAM Property Sdn. Bhd.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY