Kenapa Pembahagian Pusaka Perlu Disegerakan
Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku :
- Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil.
- Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.
- Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.
- Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis.
- Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.
- Harta tidak terurus dan terbiar.
- Urusniaga tidak dapat dijalankan.
- Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris-waris kerana masih berdaftar atas nama si mati.
- Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
(an-Nisa’ : 29)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM