Agihan Fidyah
- Bayaran fidyah yang diterima oleh MAIDAM akan diagihkan kepada golongan fakir dan miskin dalam bentuk beras.
- Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“…..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin.”
(al-Baqarah : 184)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir miskin"
(Riwayat at-Tarmizi)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM