fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Seksyen Pengurusan Projek juga menyelaras bagi projek-projek bantuan kepada asnaf zakat seperti berikut :

A. Bantuan membina / membaikpulih rumah asnaf 

Bagi tahun 2021, sebanyak 66 projek telah dilaksanakan dengan kos berjumlah RM2,462,205.52 yang terdiri daripada 31 buah rumah asnaf yang dibaik pulih dan 35 buah yang dibina baharu. Manakala bagi tahun 2022 pula, sebanyak 71 buah rumah dengan kos RM2,652,253.85 dibelanjakan dengan pecahan 42 buah bina baharu dan 29 buah dibaik pulih.

 

binaan-baharu-rumah-asnaf.jpg

Contoh binaan baharu rumah asnaf zakat

B. Bantuan Masjid / Surau

Di samping itu, sebanyak 52 buah masjid dan surau telah menerima bantuan kepada masjid dan surau yang terdiri daripada bantuan-bantuan peralatan masjid (4 buah), pembaikian/baikpulih masjid (5 buah), peralatan surau (23 buah) dan pembaikian/baikpulih surau (20 buah). Kos yang terlibat ialah RM343,028.40 bagi tahun 2021. Manakala bagi tahun 2022 pula, sebanyak RM696,646.80 dibelanjakan meliputi pembelian peralatan masjid (1 buah) dan surau (34) serta baik pulih masjid (2) dan surau (38). 

 PA_System_Masjid.jpg

 

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian : 09-6303030 samb : Seksyen Pengurusan Projek.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY