Pengertian Harta Pusaka
- Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.
Harta Pusaka Termasuk
- Semua harta yang diperoleh secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
- Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
- Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
- Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
Harta Pusaka Tidak Termasuk
- Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan dan dipegang amanah si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
- Khairat kematian.
- Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
- Imbuhan, pampasan dan saguhati.
- Pencen terbitan.
- Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).
- Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM