Taksiran Fidyah
Taksiran bagi fidyah adalah sebagaimana formula berikut :
Hari yang ditinggalkan x tahun gandaan x 1 cupak = Fidyah
Kadar Bayaran
- Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat Zakat Fitrah (1/4 gantang Baghdad).
- Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada tahun 2020, secupak beras bersamaan dengan 650 gram dinilai dengan kadar RM 2.00.
Contoh
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga terlepas 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM 2.00 (1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM 18.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM