Panduan Serahan
- Penemu hendaklah menyerahkan harta yang djumpai kepada Unit Wakaf dan Sumber Am MAIDAM atau pejabat Pejabat MAIDAM Daerah yang terdekat.
- Penemu perlu mengisi Borang Serahan Harta Luqatah dan menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta harta luqatah tersebut.
- Resit / Akaun Terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.
- Pihak MAIDAM akan membuat tindakan susulan.
Hikmah
- Mendapat ganjaran daripada Allah.
- Dapat membantu orang yang kehilangan sesuatu serta meringankan kesusahannya.
- Mengelakkan harta jatuh ke tangan orang yang berniat jahat.
- Mengukuhkan perpaduan ummah.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
09-6303030 - Seksyen Sumber Am MAIDAM