Wakaf adalah satu ibadat menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan masyarakat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T. telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
“Bandingkan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat serratus biji. Dan ingatlah Allah melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Untuk maklumat lanjut, sila klik http://wakaf.maidam.gov.my .