15 Disember 2021 (Rabu) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima zakat perniagaan daripada Syarikat General Integrated Communications Network (GITN) berjumlah RM110,000.00. Penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Maliki bin Harun, General Manager TM Terengganu kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kuala Terengganu.
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah En. Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM, En. Mohamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat dan Promosi) MAIDAM serta tiga orang wakil dari pihak GITN.