Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2020
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Terengganu memberi Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) atas pencapaian cemerlang 100% KPI HRMIS tahun 2020.
Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019

Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2018 dikeluarkan bertujuan memberi garis panduan pelaksanaan, pemantauan dan pematuhan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan (Standard Accounting System For Government Agencies - SAGA) kepada agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). MAIDAM berjaya mendapat pengiktirafan ini pada bulan Mac 2019.
Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sekali lagi menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bertaraf 4 bintang bagi tahun 2013. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut selepas tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.
Ini adalah penghargaan yang diterima bagi tahun 2011.