
Kemaman,18 Januari 2023, 25 Jamadilakhir 1444
Asnaf terus disantuni dengan penyerahan Bantuan Bina Baru Rumah MAIDAM oleh Ustaz Mohd Andri bin Abu Bakar, Pegawai MAIDAM Daerah Kemaman. Penerima, Ustaz Mohd Zin bin Ismail dari Kampung Paya Berenjut hanya bekerja sambilan sebagai guru agama dengan pendapatan tidak menentu dan sekeluarga menetap di rumah sewa sebelum ini. Semoga beliau sekeluarga akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa berkat zakat yang ditunaikan oleh anda semua.
MARANG,18 Januari 2023, 25 Jamadilakhir 1444
MAIDAM membuat penyerahan Bantuan Bina Rumah Baru MAIDAM kepada 2 buah keluarga asnaf di daerah Marang kelmarin oleh Puan Jamilah binti Awang, Pegawai MAIDAM Daerah Marang. Penyerahan pertama diberikan kepada Encik Awang bin Mat Ali dari Kampung Batu Kelikir, Wakaf Tapai yang sebelum ini menduduki rumah sewa hampir 16 tahun yang lalu. Beliau bekerja sebagai buruh kampung dan menanggung 6 orang cahaya mata dengan 5 daripadanya masih bersekolah. Encik Zahari bin Rawi yang menetap di Kampung Sungai Serai, Binjai Rendah pula merupakan penerima kedua Bantuan Bina Rumah Baru MAIDAM.Sebelum ini, beliau yang mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah tinggal menumpang sejak 17 tahun yang lalu. Beliau juga mengalami masalah kesihatan dan masih dalam rawatan di HSNZ. Sehubungan itu,
MAIDAM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua pembayar zakat. MAIDAM menunaikan amanah bayaran zakat anda sehingga menyinari kehidupan asnaf. Alhamdulillah.
16 JULAI 2018
Tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Paya Berenjut, Kemaman pada waktu tengahari (16 Julai 2018) hari ini. Rumah mangsa, Encik Che Ku Mazlan bin Che Ku Abdullah hangus dijilat api. Skuad Pusat Urusan Zakat (PUZ) MAIDAM Kemaman bergegas melawat tempat kejadian dan menghulurkan sumbangan kewangan kepada mangsa. Sebelum ini juga mangsa kebakaran, Encik Che Ku Mazlan yang bekerja sebagai nelayan itu pernah menerima bantuan sara hidup daripada MAIDAM. Semoga beliau tabah dalam menghadapi ujian ini.