Fungsi Unit
- Melakukan pungutan zakat di daerah.
- Mengagihkan bantuan zakat Fakir, Miskin, Gharimin, Fisabilillah, dan Ibnu Sabil.
- Membuat pengesyoran penerima bantuan zakat yang layak ke dalam sistem pengurusan zakat sekiranya melebihi kuasa yang diberi untuk diangkat kepada lain-lain pegawai atau Ketua Pegawai Eksekutif.
- Menyelia serta memantau perjalanan untuk program bantuan zakat fakir miskin sempena ramadhan di peringkat daerah.
- Mengesyorkan perlantikan dan perletakan jawatan amil di peringkat daerah.
- Memastikan segala urusan pentadbiran am, kewangan, zakat, dan sumber am dilaksanakan dengan lancar di peringkat daerah.
- Memastikan hasil zakat dan hasil sumber am yang diterima mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Fungsi Unit Dakwah Saudara Kita
- Menyedia dan mengagih Bantuan Saguhati Memeluk Islam sebanyak RM250.00 dan kit ibadah selepas pendaftaran pengIslaman serta Bantuan Saguhati Khas bernilai RM2,000.00 setelah lulus Ujian Lisan/Amali Asas Fardhu Ain.
- Mengurus/mengagihkan bantuan zakat kepada saudara kita dan masyarakat orang asli.
- Mengurus/melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan saudara kita serta masyarakat orang asli bagi pemantapan aqidah, pemahaman dan penghayatan beragama berteraskan syariat.
- Mengurus Kelas Bimbingan Saudara Kita dan Kelas Bimbingan al-Quran Saudara Kita.
- Mengurus pengIslaman dan membantu proses pendaftaran serta pendokumentasian pengIslaman saudara kita.
- Mengurus dan membiayai sepenuhnya pengajian saudara kita dan masyarakat orang asli di pelbagai peringkat dan bidang.
- Memberi bimbingan, sokongan, dorongan dan khidmat nasihat kepada saudara kita dan masyarakat orang asli.
- Melaksanakan ziarah dakwah dan kebajikan saudara kita.
- Pengurusan jenazah saudara kita dan masyarakat orang asli.
Seksyen Agihan Zakat
Fungsi Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi
- Mengurus Bantuan Persekolahan
- Mengurus Bantuan Awal Pengajian IPT
- Mengurus Bantuan Dermasiswa IPT
- Mengurus Bantuan Tambang Pelajar IPT
Fungsi ini diurus oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM (https://ypmaidam.my) .
Seksyen Agihan Zakat
Fungsi Unit Sosial dan Kemanusiaan
- Mengurus Bantuan Bulanan
- Mengurus Bantuan Sara Hidup
- Mengurus Bantuan Perubatan Am/Kronik
- Mengurus Bantuan Perubatan Rawatan Hemodialisis
- Mengurus Bantuan Tambang Hemodialisis
- Mengurus Bantuan Susu Khas Bulanan
- Mengurus Bantuan Bina Rumah
- Mengurus Bantuan Baik Pulih Rumah
- Mengurus Bantuan Sempena Ramadhan
- Mengurus Bantuan Kecemasan/Bencana
- Mengurus Bantuan Sewa Rumah
- Mengurus Bantuan Serta – Merta
- Mengurus Bantuan Persekolahan
- Mengurus Bantuan Berhutang
- Mengurus Bantuan Guaman
- Mengurus Bantuan Kepada Pusat Pemulihan dan Rumah Perlindungan
- Mengurus Bantuan Kepada NGO/Jabatan/Organisasi
Seksyen Agihan Zakat
Fungsi Unit Ekonomi dan Keusahawanan
- Mengurus Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf.
- Mengurus Kursus Keusahawanan Asnaf.