10 April 2022 (Ahad) : Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ke daerah Kemaman bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tengah, Chukai dan Kampung Batu Penunjuk, Kijal.
Kebakaran di Kampung Tengah hanya melibatkan sebuah rumah sahaja, manakala di Kampung Batu Penunjuk melibatkan empat buah rumah.

Turut mengiringi beliau sepanjang lawatan tersebut ialah En. Abd Razak bin Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Mal, En. Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat dan Promosi, dan En. Abd. Fatah bin Mamat, Pegawai MAIDAM daerah Kemaman.