
2 Ogos 2022 (Selasa) : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuat kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK).Rombongan dari MAIDAM diketuai KPSU Pengurusan Zakat, Ustaz Nazli Amirri bin Ngah serta pegawai dan kakitangan dari Seksyen Teknologi Maklumat MAIDAM.
Berkampung selama dua hari di KEDAH bermula 2 - 3 Ogos 2022. Kunjungan Hormat dilakukan bertujuan untuk mengetahui kaedah sistem pengurusan maklumat yang dijalankan di LZNK serta mengambil pengetahuan tentang pengurusan pungutan dan agihan zakat yang diamalkan disana.

Terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah kerana telah memberi layanan yang amat baik sepanjang rombongan MAIDAM berada di sana. Banyak perkara yang dapat dipelajari khususnya dalam mewujudkan pengurusan zakat yang harmoni.
Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan asnaf di Terengganu
Pautan gambar