KUALA LUMPUR 18 Disember 2022 (24 Jamadilawal 1444) – Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Tahun 2023-2027 bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah diadakan dengan jayanya dari 16-18 Disember 2022 di sini. Turut serta di dalam bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
Penganjuran bengkel ini bertujuan merangka pelan perancangan strategik yang terkini bagi memperkasakan hala tuju MAIDAM sebagai institusi peneraju pengurusan baitulmal di negeri Terengganu. Bengkel selama 3 hari yang dihadiri seramai 60 orang pegawai serta kakitangan MAIDAM telah berjaya memuktamadkan visi, misi, teras strategik, strategi dan program yang akan dilaksanakan untuk tempoh lima tahun akan datang.