fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Cakna Pendidik Besut Setiu 2024 

14 Julai 2024 bersamaan 8 Muharam 1446H - Alhamdulillah, Program Pendidik Cakna Zon Utara telah berlangsung di Masjid Hadhari, Jerteh, Besut. Seramai 262 guru daripada 131 buah sekolah di daerah Besut dan Setiu telah hadir memeriahkan majlis.
 
Dalam majlis tersebut, penyerahan replika cek wakalah majikan telah diserahkan kepada 6 buah sekolah di zon utara yang telah memohon bagi tahun 2023. Dua anugerah penghargaan juga disampaikan dalam majlis tersebut, bagi kategori Jumlah Pembayar Tertinggi Potongan Zakat Berjadual (PZB) bagi tahun 2023 dimenangi oleh Kolej Vokasional Besut manakala bagi kategori Amaun Potongan Zakat Berjadual (PZB) Tertinggi bagi tahun 2023 dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq. Anugerah ini telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha (Pungutan dan Pentadbiran Zakat), Puan Nurul Ain Nordeen.
 
Program Pendidik Cakna ialah program galakan membayar zakat melalui skim Potongan Zakat Berjadual (PZB) di kalangan guru-guru dan warga sekolah/institusi pendidikan di negeri Terengganu. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah membuat Potongan Zakat Bulanan (PZB) kerana telah membantu para pelajar yang kurang berkemampuan.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY