fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Majlis Apresiasi Media 2024 small
 
17 November 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Apresiasi Media yang berlangsung dengan penuh jayanya hari ini di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Majlis ini bertujuan meraikan dan mengiktiraf kerjasama serta sumbangan pihak media yang telah banyak membantu dalam menyebar luas liputan dan publisiti mengenai MAIDAM selama ini.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis yang berlangsung dengan penuh ukhuwah dan mahabbah itu.
 
Memenuhi jemputan ke majlis ialah Tuan Haji Ahmad Syafri Husnaini Mohamad, Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan timbalannya, Encik Zaid Mohd Noor bersama-sama hampir 60 orang petugas media.
 
Turut menyantuni rakan-rakan petugas media ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Pn. Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) serta pegawai-pegawai MAIDAM yang lain.
 
Yang Dipertua MAIDAM dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada media yang sentiasa memberikan sokongan padu tanpa jemu membuat liputan program dan peranan MAIDAM sebagai agensi tunggal mengurus zakat, wakaf serta mal di negeri Terengganu.
 
Beliau turut berharap agar kerjasama erat seperti ini akan berterusan bagi bersama-sama membina masyarakat yang adil, makmur dan harmoni berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan dalam Islam.
 
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY