
21 April 2021 (Rabu) – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM 410,000.00.
Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Mohd Nazri Chik, General Manager Strategic Relation, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.
Wakil Bank Islam Malaysia Berhad yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Puan Rodmawati binti Mohames Zin, Eastern Regional Manager, En. Syed ahmad Kmair bin Syed Kharuddin , Deposit Manager dan juga En. Mohd Zikri Mohd Shairy, AGM Sosial Finance.