11 November 2021 (Khamis) – Majlis penyerahan barangan keperluan kepada pesakit covid - 19 yang melibatkan tiga Pusat Kuarantin di Kuala Terengganu iaitu PKRC Stadium Tertutup, Gong Badak, PKRC Stadium Negeri dan PKRC Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang melibatkan jumlah perbelanjaan keseluruhan RM15,000.00.
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji M. Rozi b Hj Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM kepada DR. Firdaus b Che Musa, Ketua Penolong Pengarah Kanan di PKRC Stadium Tertutup Gong Badak.Diharapkan dengan sedikit sumbangan barangan tersebut dapat menampung keperluan harian pesakit yang memerlukan.