12 Oktober 2022 (Rabu) Kuala Terengganu :- Majlis penyerahan zakat melibatkan tiga (3) syarikat telah berlangsung di Istana Syarqiyyah, Terengganu. Syarikat tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, Ketengah Holding SDN. BHD.,dan FGV Holdings Berhad.
Lembaga Tabung Haji telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM8,116,871.20. Penyerahan disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Amrin bin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji.
Ketengah Holding SDN. BHD. telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM10,991,104.97. Penyerahan disempurnakan oleh YB. Dato' Seri (Dr) Ahmad bin Said, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah - KETENGAH.
FGV Holdings Berhad pula telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,085,324.00. Penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi FGV Holdings Berhad, Dato' Dzulkifli bin Abd Wahab.