
15 Julai 2024 bersamaan 9 Muharam 1446 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dwibulanan (Januari-Jun), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2023 dan Persaraan Kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berlangsung pagi ini di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Mewakili Yang Dipertua MAIDAM yang tidak dapat hadir kerana komitmen rasmi lain, Tuan Haji Wan Abd. Malik Wan Sidek, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Terengganu merangkap Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah menyampaikan anugerah tersebut kepada 36 orang penerima APC Dwibulanan (Januari-Jun) dan 17 orang penerima APC Jabatan Tahun 2023.
Sementara itu, Encik Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM yang tidak dapat hadir merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah APC hari ini.
Menurutnya, kejayaan yang diraih oleh para penerima anugerah pada hari ini merupakan manifestasi kepada kerjasama serta usaha bersama semua warga kerja MAIDAM yang menggabungkan pelbagai kebolehan, pengalaman dan pandangan ke arah peningkatan kecekapan operasi MAIDAM yang lebih baik secara keseluruhannya.
Turut diraikan ialah persaraan seorang kakitangan MAIDAM iatu Puan Sairah binti Mohamed dari Pejabat MAIDAM Daerah Kuala Nerus yang mula berkhidmat di MAIDAM pada 1 Oktober 1998.
Majlis penyampaian anugerah tersebut dimulakan dengan pengisian ceramah bertajuk “Syoknya Bekerja” yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Mizan bin Mohd Nor.