PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI POTONGAN GAJI
Bagi Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kakitangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta:
- Penyertaan Skim Wakaf Tunai MAIDAM melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak RM5 dan tiada had maksimum ditetapkan.
 - Pemohon hendaklah menggunakan Borang Penyertaan Wakaf Tunai yang disediakan oleh MAIDAM.
 - Borang penyertaan mengandungi 3 salinan (kertas berkarbon) yang berwarna putih, merah jambu dan kuning.
 - Borang berwarna putih untuk salinan pejabat dan mestilah diserahkan kepada MAIDAM, borang berwarna merah jambu untuk salinan majikan dan seterusnya borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pemohon.
 - Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula borang potongan gaji dan nyatakan jumlah di ruangan ditambah/kurang.
 - Pemohon yang ingin membatalkan skim potongan gaji Wakaf Tunai hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan dan MAIDAM.
 - Resit akan dikeluarkan pada setiap bulan setelah MAIDAM menerima bayaran daripada pihak majikan.
 - Penyata Tahunan juga akan dikeluarkan kepada penyumbang.