
12 Jun 2025 - Satu sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung hari ini antara MAIDAM dan Bank Simpanan Nasional (BSN). MAIDAM diwakili oleh Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM manakala Encik Mujibburrahman Abd. Rashid, Timbalan Ketua Eksekutif BSN mewakili BSN.
Melalui kerjasama ini, BSN akan menyediakan perkhidmatan bayaran wakaf tunai MAIDAM melalui pelbagai saluran kepada para pelanggan BSN termasuk pelanggan sedia ada bagi memudahkan mereka melakukan amal jariah.
Turut diadakan, majlis penyerahan Zakat Perniagaan BSN kepada MAIDAM berjumlah RM116,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 2024. Serahan zakat turut disempurnakan oleh Encik Mujibburrahman sendiri kepada KPE MAIDAM sebagai simbol tanggungjawab korporat dan sokongan terhadap pembangunan ummah di Terengganu.