
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyertai Program Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan (KKZK) 2025 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor yang berlangsung dari 15 hingga 18 Julai 2025 di Johor.
Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menghadiri majlis pelepasan rasmi konvoi oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya pada 15 Julai 2025 yang lalu.
Bertemakan “Muafakat Zakat, Negeri Berkat”, konvoi melibatkan 167 peserta dan 44 kenderaan dari seluruh negara, menjelajah ke beberapa daerah di negeri Johor termasuk Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan zakat serta memperkukuh semangat kebajikan dan perpaduan ummah.
