fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
Permukiman Ahli MAIDAM 2025
 
17 Ogos 2025 - Suasana penuh tekad dan iltizam mewarnai program  Permukiman Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025 di Resort World Kijal, Kemaman.
 
Perasmian permukiman telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM dengan kehadiran penuh Ahli Majlis termasuklah YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Mohd Nawawi Ismail, Penasihat Undang-undang Negeri, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri serta YB Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri Haron, Mufti Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.
 
Permukiman ini bukan sekadar pertemuan rutin, sebaliknya menjadi pentas perkongsian idea, penyelarasan dan hala tuju baharu dalam memperkasa dasar-dasar MAIDAM.
 
Lebih daripada itu, program ini memantapkan kefahaman Ahli Majlis mengenai peranan besar mereka sebagai penggerak pembangunan ummah selari dengan tanggungjawab MAIDAM sebagai institusi tunggal pengurusan zakat, wakaf dan mal di negeri Terengganu.
 
Permukiman Ahli MAIDAM 2025 2
 
Turut diberi penekanan dalam permukiman ini ialah peranan besar pengurusan dan pegawai-pegawai MAIDAM yang menjadi tonggak pelaksanaan dasar-dasar MAIDAM.
 
Melalui bahagian masing-masing, mereka menjadi pemacu utama pelaksanaan keputusan Majlis, penyelarasan program serta merealisasikan keputusan strategik Majlis.
Kerjasama erat antara Ahli Majlis dan pengurusan MAIDAM yang diterajui oleh Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan selaku Ketua Pegawai Eksekutif diyakini akan menghasilkan pendekatan lebih bersepadu, perancangan lebih tuntas dan tindakan lebih berkesan dalam memperkukuh peranan MAIDAM.
 
Dengan semangat kebersamaan dan tekad yang diperbaharui, Permukiman Ahli MAIDAM Tahun 2025 bakal mencetuskan dinamika baharu memperkasa tadbir urus serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada ummah.
 
 
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY