2 Oktober 2025 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke PETRONAS yang diketuai oleh Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM) bersama Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan)), Tuan Haji Nazli Amirri Ngah (Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat)) serta pegawai-pegawai MAIDAM.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara institusi di samping menyampaikan penghargaan atas bayaran zakat kakitangan syarikat melalui potongan gaji kepada MAIDAM, serta membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai inisiatif berkaitan zakat dan wakaf.
Delegasi MAIDAM telah disambut oleh pegawai PETRONAS diketuai oleh Puan Hajah Shahrina A Raman (ππππππ πΊππππππ πππππππ, πΊπππππ π»π ππππ‘ππππ π»πΆ), Encik M Shahfree M Yusof (πΊππππππ πππππππ, π»π π ππππ‘πππππ 2), Dr. Rafiza Mohamed (πΈπ₯πππ’π‘ππ£π ππππππ πππππππ) dan beberapa orang pegawai lain.
Pihak MAIDAM amat menghargai kesudian PETRONAS menerima kunjungan ini serta atas sokongan yang diberikan dalam urusan pembayaran zakat kepada MAIDAM. Semoga hubungan baik ini dapat diperkukuhkan lagi melalui pelbagai bentuk kerjasama yang memberi manfaat kepada ummah.