fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025

15 Oktober 2025 - Alhamdulillah, berakhir sudah sesi Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (iAKKP) di MAIDAM dengan pelaksanaan Mesyuarat Penutup pada petang 14 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MAIDAM.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dengan kehadiran Ahli Pasukan Inspektorat iAKKP seramai 6 orang yang diketuai oleh Encik Ahmad Fakrudin Azizan, Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu (CGSO).

Turut hadir ialah Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) MAIDAM, yang juga merangkap Pengerusi Urus Setia Induk iAKKP MAIDAM bersama-sama Ahli Jawatankuasa iAKKP MAIDAM.

Pelaksanaan inspektorat ini yang diadakan bermula 13 Oktober 2025 dengan Mesyuarat Pembukaan, menjadi medan penting dalam menilai tahap pematuhan dan kecekapan sistem keselamatan perlindungan di MAIDAM.

Hasil penemuan dan saranan penambahbaikan yang diperoleh akan menjadi panduan utama dalam memperkukuh amalan keselamatan menyeluruh merangkumi aspek Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Rahsia Rasmi, Keselamatan Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi serta Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP).

Semoga segala pengalaman dan dapatan daripada iAKKP 2025 ini menjadi asas kepada kecemerlangan tadbir urus keselamatan perlindungan MAIDAM pada masa akan datang.

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY