
14 Januari 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Apresiasi "Lambaian Kasih, Setulus Budi" sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa serta bakti yang dicurahkan oleh ahli-ahli Majlis MAIDAM.
Ianya bukan sekadar majlis penutup tirai amanah, tetapi menjadi wadah merakam kenangan dan mengabadikan budi yang tidak ternilai.
Majlis ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
- 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗶𝗸𝗵 𝗛𝗮𝗿𝘂𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗶𝗸𝗵 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, atas kepimpinan, amanah dan kebijaksanaan sepanjang perkhidmatan sebagai Yang Dipertua MAIDAM.
- 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗡𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮, Ahli Majlis MAIDAM merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang menamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 10 Januari 2026, atas sumbangan kepimpinan, panduan dan sokongan beliau yang banyak membantu kelancaran pentadbiran serta peranan MAIDAM di peringkat negeri.
- 𝗔𝗵𝗹𝗶-𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗠𝗔𝗜𝗗𝗔𝗠 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮–𝟮𝟬𝟮𝟱, lambang manifestasi kebersamaan, iltizam dan komitmen kolektif, sentiasa mengutamakan kepentingan agama, negeri dan ummah.
- 𝗞𝗮𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮, bukti kesetiaan serta keikhlasan sepanjang perkhidmatan; walaupun kecil pada pandangan mata, namun besar nilainya dalam memastikan setiap urusan dapat disempurnakan.
- 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗔𝗜𝗗𝗔𝗠, atas dedikasi, komitmen dan kerjasama yang tidak pernah luntur.

Semoga segala jasa, bakti, keikhlasan dan kesungguhan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan diberkati Allah SWT, dilimpahi rahmat-Nya dan menjadi amal jariah yang terus dikenang.
Dengan izin dan rahmat-Nya, mudah-mudahan MAIDAM terus melangkah cemerlang, kukuh dan berdaya maju, menjadi contoh teladan dalam melaksanakan amanah untuk agama, negeri dan ummah.
𝙏𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙖𝙧 𝙖𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙖𝙠𝙩𝙞𝙣𝙮𝙖,
𝙏𝙚𝙧𝙝𝙞𝙢𝙥𝙪𝙣 𝙟𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣;
𝘼𝙣𝙙𝙖𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙟𝙖𝙨𝙖𝙙𝙣𝙮𝙖,
𝙐𝙠𝙝𝙪𝙬𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙖𝙡𝙞𝙣 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.
𝙎𝙚𝙣𝙟𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙗𝙪𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙩𝙪𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞,
𝘽𝙪𝙧𝙪𝙣𝙜 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚 𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙥𝙞;
𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧, 𝙗𝙖𝙠𝙩𝙞 𝙖𝙗𝙖𝙙𝙞,
𝘽𝙪𝙙𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙢𝙖𝙩 𝙙𝙞 𝙡𝙪𝙗𝙪𝙠 𝙝𝙖𝙩𝙞.