fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
Majlis Amanat YDP APC Persaraan 2026 small
 
11 Februari 2026 - Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Tahun 2026 serta Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Bebas Rasuah dan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
 
YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM dalam amanatnya menzahirkan harapan agar seluruh warga kerja MAIDAM terus memperkukuh budaya kerja berpasukan, mengeratkan kerjasama serta mengutamakan prinsip integriti dan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berwibawa dalam melaksanakan amanah.
 
Majlis Amanat YDP 2026
 
Beliau turut menegaskan bahawa MAIDAM perlu meneroka dan memanfaatkan peluang-peluang berpotensi bagi meningkatkan hasil dan pendapatan organisasi selain kutipan zakat yang merupakan sumber teras, termasuk melalui pembangunan aset wakaf dan sumber-sumber lain yang mampan.
 
Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dalam ucapan alu-aluannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Nara Setia atas pelantikan sebagai Yang Dipertua MAIDAM ke-35 berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026.
 
Majlis turut meraikan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan bagi tempoh September–Oktober 2025 dan November–Disember 2025.
 
Selain itu, majlis turut menghargai jasa pegawai dan kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan sama ada melalui persaraan mahupun perletakan jawatan.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY