
11 Februari 2026 - Prestasi kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi tahun 2025 mencatatkan jumlah RM301,033,662.17, iaitu peningkatan sebanyak 9.1% bersamaan RM25,070,701.62 berbanding tahun 2024.
YBhg. Datoโ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM berkata, jumlah pembayar zakat turut menunjukkan peningkatan kepada 62,106 orang, iaitu bertambah 6% berbanding tahun sebelumnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Ketetapan Kadar Zakat Fitrah Tahun 1447H/2026M, Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Tahun 2025 serta Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 1447H/2026M.
Sementara itu, jumlah keseluruhan agihan zakat bagi tahun 2025 merekodkan sebanyak RM324,498,204.11, meningkat 1.8% berbanding tahun 2024. Peningkatan ini mencerminkan komitmen MAIDAM dalam memastikan dana zakat diagihkan secara menyeluruh dan berkesan kepada golongan asnaf yang layak.
Bagi Bantuan Zakat Sempena Ramadan Tahun 1447H/2026M, seramai 29,402 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada Asnaf Fakir dan Miskin layak menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM15,785,000.00.
Agihan bantuan adalah seperti berikut:
๐๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ผ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด/๐๐๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐น :
Seramai 7,877 KIR menerima RM300.00 seorang, melibatkan peruntukan RM2,363,100.00.
๐๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ผ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐๐ถ ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐ฎ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฏ ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด :
Seramai 8,228 KIR menerima RM500.00 seorang, melibatkan peruntukan RM4,114,000.00.
๐๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ผ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐๐ถ ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐ฐ ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ ๐ฎ๐๐ฎ๐ :
Seramai 13,297 KIR menerima RM700.00 seorang, melibatkan peruntukan RM9,307,900.00.
Berbeza daripada tahun sebelumnya, agihan bantuan Ramadan pada tahun ini dilaksanakan melalui kaedah tuntutan di kedai-kedai terpilih yang melibatkan barangan dan perkhidmatan tertentu. Penerima boleh membuat tuntutan barangan keperluan harian, pakaian serta bayaran utiliti termasuk bil telefon dan pembelian tambah nilai melalui outlet peruncitan, pasar raya besar serta platform dalam talian yang terlibat. Tuntutan bantuan boleh dibuat bermula 19 Februari hingga 31 Mac 2026.
Mengakhiri sidang media tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar zakat atas kepercayaan dan komitmen berterusan kepada MAIDAM dalam menunaikan kewajipan berzakat.
โZakat yang ditunaikan bukan sekadar kewajipan, bahkan menjadi payung kehidupan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.โ katanya.