fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
kadar

Kadar zakat fitrah negeri Terengganu bagi tahun 1445H/2024M dikeluarkan dengan wang tunai sahaja ditetapkan pada dua kadar iaitu tidak kurang RM10.00 bagi setiap seorang. Manakala, bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, kadar zakat fitrah adalah RM22.00 bagi setiap seorang.
 
Demikian menurut YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM ketika sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Tahun 2023, Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Tahun 1445H/2024M dan Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 1445H/2024M di Dewan Terbuka JHEAT pada 5 Mac 2024.
 
 

kadar 2
 
Turut diadakan dalam majlis yang sama adalah Program Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 2024M /1445H. Data yang dikeluarkan menunjukkan seramai 25,887 orang Ketua Isi Rumah (KIR) layak menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM13,812,100. Seramai 6,924 orang KIR menerima RM300.00 untuk kategori seorang atau tunggal melibatkan peruntukan RM2,077,200.00. Untuk kategori isi rumah 2 atau 3 orang, diperuntukkan sebanyak RM3,848,000.00 untuk diagihkan kepada seramai 7,696 orang KIR yang layak dengan kadar RM500.00 setiap KIR. Sejumlah RM7,886,900.00 pula diagihkan kepada 11,267 orang KIR yang mempunyai isi rumah 4 orang ke atas dengan masing-masing mendapat sebanyak RM700.00 setiap KIR.
 
Menyaksikan majlis pada hari ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Turut hadir Pn. Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat dan lain-lain pegawai MAIDAM.
  
Terima kasih semua pembayar zakat. Zakat anda memayungi kehidupan asnaf dan mereka yang memerlukan.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY