Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Sultan Rai Fakir Miskin 2024
 
KHAMIS 30 Syawal 1445 bersamaan 9 Mei 2024 - KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin di Dewan Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada hari ini.
 
Baginda berdua diiringi DYTM Yang Di-Pertuan Muda, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, YAM Tengku Puteri Utama Raja dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja.
 
Keberangkatan baginda telah disambut oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan YB Haji Maliaman Kassim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin.
 
Majlis tersebut adalah bagi meraikan seramai 100 orang fakir miskin daripada kalangan kategori asnaf MAIDAM bersama-sama dengan 300 orang warga istimewa lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
 
KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada warga istimewa dan fakir miskin sempena majlis tersebut.
 
Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) serta pegawai-pegawai dan beberapa orang kakitangan MAIDAM.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY