Kuala Terengganu 8 Mei 2024 - Perhimpunan Kontinjen SUKMA Terengganu Sempena 100 Hari Menjelang SUKMA XXI, Sarawak 2024 telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada hari ini.
Di dalam majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menerima watikah pelantikan sebagai Jabatan Angkat Sukan Ping Pong SUKMA XXI, Sarawak 2024.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diiringi oleh YB Hj. Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri.
Program perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta atlet-atlet SUKMA Terengganu.