
Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) baru-baru ini yang diketuai oleh Encik Mohd Hasni Zulkifli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat MAINS.
Kunjungan hormat itu telah disambut dengan penuh ukhuwah dan mahabbah oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif serta pegawai-pegawai MAIDAM.
Pertemuan dua hala ini telah membincangkan pelbagai perkara bagi memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi.