3 Julai 2024 - Satu majlis ramah mesra telah diadakan hari ini antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai jabatan angkat dengan kontinjen pingpong Terengganu, SUKMA 2024.
Di dalam majlis tersebut, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menyampaikan sumbangan daripada MAIDAM sebagai pembakar semangat kepada kontinjen pingpong Terengganu, SUKMA 2024.
YB Mohd Shafizi Ismail (ADUN Batu Rakit) selaku bapa angkat turut menghadiri majlis tersebut bersama-sama Puan Hajah Maldiana Abd. Patah, Timbalan Ketua Kontinjen II SUKMA Sarawak 2024 dan Dr. Haji Nasree Najmi, Timbalan Pengarah (Pembangunan), MSN Terengganu.