Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 KAHA 2024 01
 
Kuala Terengganu 14 Safar 1446 bersamaan 19 Ogos 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM14 juta untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf Fakir Miskin (KAHA) 2024 hari ini.
 
Untuk fasa pertama, RM10.2 juta diagihkan kepada 18,761 Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf fakir miskin yang akan disalurkan terus ke akaun para penerima. Manakala baki RM3.8 juta akan diagih kepada KIR asnaf fakir miskin yang menepati syarat pada fasa agihan seterusnya.
 
KAHA 2024 berlangsung serentak di semua daerah seluruh negeri dengan konvoi ke rumah asnaf-asnaf terpilih dan berakhir di masjid-masjid yang ditetapkan mengikut daerah untuk penyampaian bakul makanan kepada 152 KIR keluarga asnaf fakir miskin.
 
Menariknya, KAHA 2024 turut menjemput bersama para pembayar zakat menziarahi dan menyantuni 41 buah rumah asnaf fakir miskin terpilih. Ini secara tidak langsung membolehkan para pembayar zakat mendekati golongan kurang bernasib baik yang mendapat manfaat daripada zakat yang ditunaikan kepada MAIDAM.
 
Menambah keberkatan program utama KAHA 2024 yang diadakan di Masjid al-Muttaqin, Kampung Kepong, Kuala Terengganu, seramai 22 orang KIR keluarga asnaf fakir miskin dijemput menghadiri majlis bagi menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM.
 
Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, wakil pelbagai agensi dan jabatan, Ketua-ketua Penolong Setiausaha MAIDAM dan lain-lain pegawai MAIDAM turut hadir memeriah dan menjayakan KAHA 2024.
 
MAIDAM merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, masjid-masjid terpilih di setiap daerah dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan KAHA 2024.
 
 KAHA 2024 02
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY