fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
Mesyuarat Penutup Jabatan Audit Negara 2024 
 
Kuala Terengganu 7 Oktober 2024 - Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 telah berjaya diadakan bersama Jabatan Audit Negara dan MAIDAM di Wisma Audit Negeri Terengganu, Kawasan Pembangunan Bukit Besar, Kuala Terengganu.
 
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusi dan menyempurnakan mesyuarat tersebut bersama-sama pasukan audit yang terdiri daripada YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara - Kewangan, Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan Haji Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu.
 
Manakala MAIDAM pula diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal, Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan, Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat, Encik Mohd Jalil Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pembangunan Harta dan Projek dan Hajah Norliza Muhd Nor, Penolong Kanan Setiausaha - Kewangan serta lain-lain pegawai MAIDAM.
 
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Timbalan Mufti Negeri Terengganu dan YBrs. Puan Norlinda Daim, Pengarah Penilaian Negeri Terengganu.
 
Dalam mesyuarat tersebut, pengurusan MAIDAM telah diberi peluang untuk memperincikan maklumbalas dengan mengemukakan status terkini ke atas beberapa teguran audit dan keseluruhan isu telah mendapat pandangan dan ulasan yang membina daripada Jabatan Audit Negara.
 
Kerjasama baik Jabatan Audit Negara amat membantu MAIDAM untuk terus memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengurusan kewangan selaras dengan kerangka konseptual berasaskan syariah.
 
Datuk Wan Suraya kemudiannya menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin.
 
Mengakhiri mesyuarat tersebut, Ketua Audit Negara dan pasukan audit seterusnya meluangkan masa untuk melawat dan mendengar taklimat berkaitan pengurusan Hotel Wakaf, The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu oleh pihak MAIDAM, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY