fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Inspektorat Keselamatan Perlindungan 2024 
 
Kuala Terengganu, 21 Oktober 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menjalani Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan pada 20 dan 21 Oktober 2024. Sesi inspektorat itu dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Terengganu yang diketuai oleh En. Ahmad Fakrudin Azizan, Pengarah CGSO Terengganu, En. Azri Ajib, Ketua Unit Keselamatan Perlindungan, En. Ahmad Syukri Mohammad Ismail, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan dan En. Mohd Sayuti Abdullah, Penolong Unit Keselamatan Perlindungan.
 
Bagi menyantuni pasukan Inspektorat CGSO Terengganu, pentadbiran MAIDAM pula diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) selaku Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) MAIDAM, di samping pegawai-pegawai dan kakitangan yang lain.
 
Inspektorat Keselamatan Perlindungan bertujuan membantu meningkatkan pengurusan keselamatan perlindungan antaranya dalam aspek pematuhan kepada Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan ICT dan seumpamanya.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY