13 November 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Program Liqa Mahabbah Bersama Tenaga Pengajar Di Bawah Peruntukan MAIDAM yang bertempat di Dewan Utama Ar Riyadah Residence, Gong Badak yang dihadiri oleh 300 orang dari Skim Perkhidmatan Pegawai Daie, Guru Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT), Guru Kelas Pengajian Tafaquh Fiddin dan Pengajian Muallim.
Program ini bertujuan memberikan pencerahan yang tepat berkenaan zakat, wakaf atau apa-apa aktiviti daripada MAIDAM kepada para tenaga pengajar dan membuka peluang diskusi bersama para tenaga pengajar tentang persoalan yang timbul dalam masyarakat.
Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail telah hadir bagi merasmikan program ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), YBrs. Tuan Haji M. Rozi Haji Bidin, Timbalan Mufti, YBrs. Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar, pegawai-pegawai MAIDAM dan JHEAT.