fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Majlis Zakat Korporat Perasmian Pameran 2024
 
25 November 2025 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran 75 Tahun MAIDAM dan Penyerahan Zakat Korporat hari ini. Dalam majlis tersebut MAIDAM menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM6,006,646.49 daripada 23 buah syarikat korporat yang beroperasi di negeri Terengganu.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM telah menyempurnakan majlis perasmian tersebut yang berlangsung di Dewan Batu Bersurat, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
 
Yang Dipertua MAIDAM di dalam ucapannya memaklumkan Pameran 75 Tahun MAIDAM bertujuan menyebarkan maklumat kepada masyarakat agar lebih memahami peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIDAM sepanjang tempoh 75 tahun lewat penubuhannya pada 19 Februari 1949.
 
Tambahnya lagi, pameran ini adalah kemuncak kepada Sambutan 75 Tahun MAIDAM yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 19 September 2024 bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
 
Selain memaparkan koleksi artifak menarik antaranya gantang Baghdad dan cop mohor Tok Ku Paloh, beberapa pertandingan melibatkan murid sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu seperti Hafazan al-Quran dan Mimbar Dai turut diadakan.
 
Hadir sama ialah YB Ustaz Sulaiman Sulong, Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Tuan Haji Che Muhamad Azmi Ngah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM), wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta lain-lain pegawai MAIDAM.
 
MAIDAM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pembayar zakat yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat kepada MAIDAM dan semoga mereka dikurniakan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT serta diberkati segala harta dan perniagaan mereka. MAIDAM juga mendoakan semoga perniagaan mereka semakin maju dan secara tidak langsung akan dapat membantu lebih ramai asnaf di masa hadapan.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY