fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

dato

8 Januari 2025 - Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Tahun 2025 serta Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Bebas Rasuah dan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diadakan di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hari ini.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM dalam amanatnya menaruh harapan agar semua warga kerja MAIDAM dapat meningkatkan motivasi, prestasi serta produktiviti melalui pemantapan pembudayaan amalan nilai-nilai teras perkhidmatan awam yang ditetapkan iaitu amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur.
 
Tambahnya lagi, MAIDAM hendaklah mempercepat proses dan memudahcara prosedur agar perkhidmatan awam dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus memenuhi keperluan pemegang taruh serta masyarakat.
 
Dalam majlis yang sama, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif semasa ucapan aluannya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga MAIDAM khususnya Yang Dipertua atas pelbagai pencapaian cemerlang seperti merangkul beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan negeri serta kejayaan penganjuran program-program besar sepanjang tahun 2024.
 
Majlis turut meraikan 12 orang kakitangan MAIDAM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan untuk November-Disember 2024 serta penyampaian tauliah mengajar kepada 9 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM.

dato2

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY