![]() |
![]() |
14 Januari 2025 - Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam satu majlis yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini.
Penyerahan zakat TNB berjumlah RM3,106,000.00 disampaikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi TNB manakala Dato’ Mohamad Nasir bin Ab Latif, Pengerusi LPT2 mewakili LPT2 menunaikan serahan zakat sebanyak RM975,000.00.
Menyaksikan majlis serahan zakat tersebut ialah YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu dan Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
Turut hadir ialah Ir. Haji Mohamed Mohyddin bin Mohamed Nor, Pengurus Besar TNB Terengganu, Haji Shahril bin Abdul Latif, Ketua Pegawai Pembangunan TNB Genco, Datuk Nik Airina binti Nik Jaffar, Pengarah Urusan LPT2 dan Datuk Ir. Zakaria bin Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi LPT2.